+ -

Pages

Jul 14, 2013

Ramadan Al Mubarak

Assalamulaikum kepada pembaca dan salam sejahtera bagi bukan islam :).Sempena kedatangan Ramadan (رمضان) Al~Mubarak pada tahun ini saya rasa sngat bersyukur  kerana masih lagi dapat menemui bulan mulia ini. Ramadan merupakan bulan yang paling suci di kurniakan oleh Allah SWT kepada hambanya melakukan ibadat kerana pahala ibadat yang dilakukan akan dilipat gandakan. pada bulan ini umat islam diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...                                                — Surah Al-Baqarah, ayat 185
Pada bulan Ramadan yang barakah ini, berlakunya peristiwa yang agung iaitu turunnya al-Quran ketika turunnya wahyu pertama ketika Nabi Muhammad S.A.W berada di gua Hira. Pada bulan ini juga terdapat malam yang baik daripada 1000 bulan. tetapi tarikh yang tepat tidak ketahui namun menurut riwayat/hadith malam ini jatuh pada malam 10 terakhir Ramadan. Malam ini dirahsiakan bagi memastikan umat islam rajin beribadat di sepanjang malam. Selain itu, peristiwa perang badar dan Pembukaan Kota Makkah juga jatuh pada bulan Ramadan.

Pelbagai amalan yang dapat dilakukan ketika bulan Ramadan sama ada yang wajib atau sunat iaitu Puasa, solat sunat Terawih dan Zakat Fitrah. Ramadan ini juga disambut dengan kedatangan bulan Syawal kerana ramai umat islam menantikan hari Raya Aidil Fitri kerana pada hari ini ianya dianggap sebagai hari kemenangan.

Jika mengikut pengalaman saya ketika kecil dahulu saya asyik juga ponteng puasa atau puasa yangyuk. HAHA. puasa halftime amat popular dikalangan kanak kanak kan? jadi kini saya dah meningkat usia jadi saya sudah dapat lakukan satu bulan penuh puasa seperti mana yang di tuntut oleh Agama Islam :)

Sekian,
Usin
5 Usinlahh: Ramadan Al Mubarak A ssalamulaikum kepada pembaca dan salam sejahtera bagi bukan islam :).Sempena kedatangan Ramadan   ( رمضان) A l~Mubarak pada tahun ini say...

No comments:

Post a Comment

< >