+ -

Pages

Feb 23, 2011

Religion~ISLAM




Persediaan yg perlu ada utk masuk medan perjuangan perlunya keteguhan imannya, keyakinan asas perjuangannya yakni utuk menegakkan syariat Islam sepertimana yg dituntut oleh Allah s.w.t kepada kita. Kita ada upaya untuk melakukannya namun apakan daya pemerintah hari ini memilih dasar sekulr dari melaksanakan dasar Islam yg tiada cacat celanya seperti yg dinyatakan dalam quran.

Asasnya adalah keimanan kita kepada Allah s.w.t dan untuk apa kita berjuang? untuk diri kita? keluarga kita? anak2 kita mahupun generasi kita akan datang? persoalan ini ada jawapan oleh tuan punya badan sendiri.

Sudah dinyatakan di akhirat kelak kita akan berhadapan dgn Allah s.w.t dan akan ditanya apakah yg kita lakukan untuk Islam? apa yg bakal kita jawab? setiap perbuatan kita akan di catit. kalau bendera putih yg kita kerjakan.. maka putihlah kelak tempat kita manakala kalau hitam perbuatan kita maka hitamlah kelak tempat yg menunggu kita. masalahnya kalau hitam dan putih perbuatan kita bagaimana? Tgk syurga tersenyum... Tgk neraka menangis... Kadang senyum kadang nangis umpama "org gila". mahukah kita tergolong dgn golongan ini.

Rasulullah dulu berjuang semata2 kerana Allah. Untuk berjuang membawa ummatnya menuju ke jalan Allah sbb baginda adalah Utusan Allah untuk manusia dimuka bumi ini. Banyak dugaan yg ditempuhi. di maki, dihina, di aniaya dan bermacam2 lagi. begitulah hebatnya perjuangan nabi. Hidup dan mati "lillahi taala". Namun mcmne dgn perjuangan kita? Baru diuji sebesar zarah pun tiiada upaya utk kita melawannya...

Begitulah yg berlaku sekarang ini. Bilamana sesuatu yg baik untuk melaksanakan hukum dan agenda Islam, ada sahaja tentangannya dari mereka yang memegang tampok kuasa. Berbicara soal Islam namun kehidupan harian jelas tdk menunjukkan apa yg di kata. Contoh ada dinegara kita bila sesuatu pihak memperjuangkan Islam, satu pihak lagi menentang malah yg paling menyedihkan ada yg mempertikaikan hukum Islam yg cukup indah dicipta oleh Allah s.w.t utk hambanya kerana segalanya jelas hukum ini tiada cacat celanya. Sbg yg mencintai hukum Allah ini, apa yg kita lakukan?

Senang sahaja.. kita adalah rakyat biasa. Bagi Allah, kita ini semua sama sahaja disisinya. Sultan ke, presiden ke, perdana menteri ke tak terkecuali untuk dihisab di akhirat kelak. Tiada apa yg akan diagungkan di akhirat kelak melainkan amal yg dibawa utk bekalan menghadap Allah s.w.t. Sbg rakyat, kita gunakan kuasa kita dalam mengundi pada PRU untuk memilih kerajaan yg mendaulatkan dan melaksanakan hukum2 Islam. Kerana ini sahaja daya upaya kita untuk kita menunaikan hukum Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya bila kita berhadapan dgn Allah s.w.t, kita ada jawapan bilamana ditanya apa yg aku lakukan untuk agamaMU Ya-Allah.

Mutakhir ini Islam dilekehkan malah ada juga yg tergolong dikalangan tokoh agama seperti mufti atau ustaz2 secara terangan turut bersekongkol untuk menjadikan Islam itu bahan jenaka. Tak perlulah saya sebutkan siapa dia. contoh seperti kalau hudud dilaksanakan, maka ramailah yg akan makan sup kaki dan tangan. Ada juga yg menghina sunnah nabi, dan tdk terkecuali ada juga yg turut mengelirukan bahawa melacur itu dibolehkan bila tiada jalan lain utk mencari rezeki. Masya-Allah.. sedih dgn kenyataan ini seolah2 apa yg Allah ceritakan dlm al-quran tentang hukum Islam seolah2 dipersendakan oleh golongan tertentu utk kepentingan peribadi mereka menarik sokongan rakyat agar berfikiran sekular.

Cukuplah setakat ini saya coretkan. Sesungguhnya perjuangan kita harus diteruskan agar Islam diimarahkan di bumi Malaysia kerana Al-Quran adalah sumber yg sahih lagi nyata. Salah satu yg membawa anak Adam ke syurga adalah dgn doa anak-anak yg Soleh. Bagaimana untuk kita menuju ke syurga kelak kalau anak-anak kita skg ni berfikiran sekular, menongkah arus dan sebagainya akibat kelalaian dgn nikmat dari pemerintahan sekular?. Pada sapa lagi kita nak harapkan kelak? Fikir-fikirkanlah !!!

Yg baik datangnya dari Allah dan yang buruk selalunya datang dari saya hambanya yang daif lagi hina.

Salam...
Credit to Putera Katak
5 Usinlahh: Religion~ISLAM Persediaan yg perlu ada utk masuk medan perjuangan perlunya keteguhan imannya, keyakinan asas perjuangannya yakni utuk menegakkan syariat Is...

No comments:

Post a Comment

< >